Sunday, November 1, 2009

KolumnisSemasa: UMNO Lebih Terbuka, Demokratik Dan InklusifPosted on Wednesday, October 21 @ 11:48:19 MYT
Topic: Kolumnis

Ahmad Ikmal IsmailSemasa menyampaikan ucapan penerimaan jawatan Presiden di hari terakhir Persidangan Agung UMNO 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata "Sekiranya kita berani membuat perubahan, sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional akan kembali dan kita boleh pulih kedudukan kita"......
dan "jikalau kita tidak berani atau tidak mahu berubah, maka kita akan rebah".....Alhamdulillah, Persidangan Agung UMNO 2009 menjadi saksi kepada peristiwa sejarah meminda perlembagaan untuk UMNO berubah. Secara ringkasnya, pindaan perlembagaan ini mengambil tiga pendekatan. Bahawa UMNO perlu menjadi dan dilihat lebih terbuka, lebih demokratik dan lebih inklusif.Secara ringkasnya terdapat 9 pindaan perlembagaan yang besar.:-

i. Ahli mengundi
Penambahan ahli-ahli yang akan mengundi dan memilih Jawatan-Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, MT.
Jikalau dulu hanya 2,600 orang perwakilan terdiri daripada 13 orang setiap bahagian yang akan mengundi dan memilih, kini dianggarkan seramai 146,500 orang ahli yang akan mengundi dan memilih yakni lebih kurang 500 lebih setiap bahagian. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli cawangan yang mewakili akar umbi seluruh negara.
Ulasan Ringkas
Pindaan ini akan memastikan bahawa lebih ramai rakyat dari pelbagai latar belakang, baik kaya atau miskin, tinggal di Bandar mahupun kampung dan sebagainya dapat menentukan kepimpinan tertinggi UMNO.
Ini juga akan memastikan penentuan ini tidak hanya terletak pada 13 orang setiap bahagian yang mungkin mempunyai agenda tersendiri untuk seseorang itu naik, tetapi kepada lebih kurang 500 orang satu bahagian yang mungkin tidak langsung mengenali calon itu secara peribadi tetapi dapat merasakan usaha kerja dan jasa calon itu kepada rakyat.
Persepsi bahawa adalah senang menyogok lebih kurang 2,500 perwakilan dengan duit (politik wang) juga terhapus. Cuba sogok 146,500 pengundi seluruh negara.
i
i. Kuota kelayakan untuk bertanding
Sebelum ini, sesiapa yang ingin bertanding jawatan – jawatan tertinggi termasuklah di peringkat MT atauketua, timbalan dan naib ketua bahagian harus mendapat pencalonan minima sebelum layak bertanding. Pindaan perlembagaan ini hanya meletakkan syarat minima yakni:-
a. Pertandingan peringkat MT, Calon harus pernah memegang mana-mana jawatan Ahli Jawatankausa bahagian selama satu penggal.
b. Pertandingan peringkat bahagian, calon harus sudah menjadi ahli selama satu penggal.
c. Calon-calon haruslah mendaftarkan dirinya bersama penyokong dan pencadang untuk bertanding.

Ulasan Ringkas
Memudahkan bakat-bakat baru untuk menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat melalui UMNO. Tidak ada sekatan atau halangan yang menidakkan bakat-bakat baru ini bertanding.
iii. Penambahan kuota Wanita
Pelantikan Wanita sebagai AJK lantikan tambahan di peringkat MT, Bahagian dan Cawangan seterusnya pertambahan AJK disetiap peringkat.
Wanita diberi kuota tambahan di semua peringkat dari 1 automatik ke 2 lantikan automatik.
Ulasan ringkas
Sebagai satu penghormatan kepada Wanita atas kesetiaan dan penat lelah mereka. Lebih-lebih lagi Wanita merupakan nadi dan tiang kepada UMNO.

iv. Yuran
Yuran seumur hidup kini adalah RM2
v. Perwakilan Automatik
Ketua-ketua sayap diperingkat cawangan kini menjadi perwakilan automatik ke peringkat bahagian.

Ulasan Ringkas
Satu pengiktirafan kepada ketua-ketua sayap cawangan. Ianya satu pengiktirafan kepada orang muda melalui Pemuda dan Puteri.
vi. Setiausaha Bahagian
Setiausaha Bahagian kini menjadi perwakilan automatik
Ulasan ringkas
Pengiktirafan kepada SUB yang berfungsi sebagai Ketua Pegawai Operasi atau 'Chief operating Officer' bahagian bahagian. Satu kerja yang sukar dan bukan ramai boleh melakukannya.
vii. Penerimaan keahlianKetua-ketua sayap kini diberi mandat untuk menerima dan meluluskan permohonan mengikut sayap masing-masing.Ulasan RingkasLebih banyak ruang untuk orang muda menyertai parti tanpa sekatan oleh sesiapa. Pindaan Perlembagaan ini telah diluluskan tanpa ada halangan atau bantahan. Ini menunjukkan para perwakilan sedar perlunya UMNO berubah.Penulis yakin pindaan ini dapat merevolusikan UMNO dan mengukuhkan UMNO kembali. Ucapan Datuk Seri Najib juga adalah amat bagus, bersemangat, ikhlas, bermuhasabah serta penuh keazaman untuk UMNO memimpin membangunkan negara untuk semua orang termasuk semua agama dan bangsa, bukan sahaja ahli-ahli UMNO.

Penulis Adalah Mantan Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
sumber dari laman web pemuda umno malaysia
Isu Pas: Nik Aziz Menangis Lagi, Kumpulan Erdogan Terus KempunanPosted on Thursday, October 29 @ 15:56:49 MYT Topic: Berita Terkini

Oleh Ustaz Hj Mohd Afandi Yusoff

Ramai penganalisis politik telah menjangkakan apa yang akan berlaku dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat semalam, seperti dijangka Pas telah mengumumkan bahawa isu EGM telah selesai dan tidak akan berbangkit lagi.
Walau apapun pengumuman dibuat, adalah amat sukar untuk parti itu menangani “unsur-unsur perpecahan dalaman yang tidak tentu arah” itu. Bukan senang untuk mengenepikan golongan Hadi atau “Kumpulan Presiden”.
Ini kerana Kumpulan Presiden amat berpengaruh, sehingga hasrat Datuk Nik Aziz untuk bertanding jawatan Presiden pada Muktamar Agung Pas yang lalu, natijahnya beliau hanya mendapat satu pencalonan sahaja, lebih-lebih lagi setiap Pesuruhjaya Pas Negeri adalah dilantik oleh Presiden. Sudah tentu, hal ini amat memilukan hati “Kumpulan Erdogan” antaranya Datuk Nik Aziz, Husam Musa, Kamarudin Jaafar, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, ini antara penyokong kuat Anwar Ibrahim dalam Pas sudah tentu merasa dukucita apabila EGM untuk menyingkirkan Hadi dan beberapa “individu bermasalah” tidak tercapai.
Harapan mereka agar dengan berlakunya EGM, sekurang-kurangnya kumpulan Erdogan dapat mengambil alih tempat-tempat penting yang bakal ditinggalkan oleh kumpulan Hadi. Walau apapun berlaku, ada pihak berpendapat, bahawa gesaan Datuk Nik Aziz supaya Pas mengadakan EGM mempunyai asasnya.
Selagi ada dua tiga kerat pemimpin bermasalah yang “bermain kayu tiga” antara pro- BN dan pro-PR sudah tentu akan mewujudkan suasana tidak harmoni di kalangan ahli Pas, lebih-lebih lagi akan wujud perasaan syak wasangka, was-was sesama sendiri, kerana musuh dalam selimut ibarat “talam dua muka” dianggap lebih merbahaya daripada musuh yang nyata. Yang akhirnya akan membinasakan Pas itu sendiri. Ada juga berpendapat, bahawa gesaan Nik Aziz tempohari adalah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu dalam PR yang ingin melihat Pas tidak menjadi parti dominan dalam Pakatan.
Caranya ialah melaga-lagakan antara dua kumpulan yang bertelagah ini, agar dengan wujud pergaduhan dan perebutan kuasa, Pas akan lemah dan tidak mampu bersuara lantang menuntut haknya dalam PR, natijahnya Pas hanya layak menjadi parti ketiga dalam Pakatan Rakyat. Tindakan “Kumpulan Hadi” untuk bersama dengan UMNO sebelum ini adalah satu tindakan yang bijak, satu tindakan yang penuh kesedaran dan keinsafan, demi kepentingan perjuangan Melayu dan Islam, kerana beliau bimbang dengan perjuangan Pas yang sudah terbukti tersasar jauh.
Pas sebelum ini hanya bersorak dan bertakbir di atas kemenangan besar pada PRU ke12, tetapi hasil mahsul atau harta ghanimah yang diperlolehi selepas kemenangan itu dibalun oleh pihak lain.
Rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat membalun dan menguasai, serta mengawal segala perancangan di peringkat pusat, khususnya hal ehwal yang melibatkan kuasa dan projek. Oleh itu, seminar politik yang bakal diadakan pada 7 November depan, mungkin tidak dapat merungkaikan segala permasalahan sebenar yang dihadapi.
Seminar politik tersebut boleh dianggap sebagai salah satu langkah untuk meredakan keadaan yang kini memuncak di semua peringkat, gerakan jatuh menjatuh antara kumpulan Erdogan dan kumpulan presiden, yang selama ini disembunyikan oleh Pas , kini mula terbongkar.
Tindakan mereka boleh di ibarat “menyembunyikan bau durian atau bau ikan pekasam” kerana benda busuk akhirnya akan dapat dihidu jua oleh rakyat

Penulis Ialah Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Saturday, October 31, 2009

Selamat datang ke laman Blog Shah Nusantara

Selamat datang ke laman blog shah nusantara..
ini adalah posting saya yang pertama. Insyaallah selepas ini saya akan mengeluarkan artikel yang menarik untuk tatapan anda sekalian. Terima kasih.